Bila masuk sini je ...terasa semacam berada dalam The Penthouse ala drama korea tu .. Pinetree ni terletak dekat Puteri Harbour .
Berpeluang menginap 2 hari 1 malam disini .. Aaaa seronok betul rasa hati ini . Konsepnya ala ala executive apartments gitu! Yang ni dua bilik katil besar . Sesuai untuk 3-4 orang gitu ..
Kalau nak ajak mak ayah stay sini paling sesuai sebabnya ada ruang dapur yang boleh kita masak . Lengkap sangat peralatan memasak nya . Rasa selesa betul !
*cuma masa ni kureng sikit sebab tv xboleh connect netflix . Lepastu line interenet pun tak berapa stabil . Tapi kalau sesekali nak out of internet ke kan.. Why not !
Lokasi : Pinetree Marina Resort Puteri Harbour Johor
Alamat : Jln Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor
No telefon : 07-266 8288
0 Ulasan