Lagu Daerah Segamat : Segamat Sejahtera

Tajuk : Segamat Sejahtera (Kroncong)
Ciptaan : Nordin A. Talib
Lirik Drs. Zainal Omar Shakri & Nordin A. Talib

Batu Bara dan Rantau Panjang
Ingin mudik perahu dagang
Segar amat air di sungainya
Segamat kini menjadi nama

Lubuk Batu tempat berundur
Bendahara yang sangat masyhur
Paduka Tuan di pusara
Sejarah warisan kita

Chorus 
Pintu Gerbang dari utara
Rakyat hidup berbilang bangsa
Segamat maju kian masyhur
Daerah di Negeri Johor

Tanah subur tiada tandingan
Ladang sawit , getah , durian
Pemimpin kita yang berjasa
Segamat makmur sejahtera

Chorus 
Pintu Gerbang dari utara
Rakyat hidup berbilang bangsa
Segamat maju kian masyhur
Daerah di Negeri Johor

Tanah subur tiada tandingan
Ladang sawit , getah , durian
Pemimpin kita yang berjasa
Segamat makmur sejahtera

Kompilasi maklumat :
KFBS – Komuniti Facebook Segamat
Sejarah dan Warisan Segamat