Bendera Negeri Johor

bendera negeri johor

Warna putih pada anak bulan dan bintang menandakan Raja yang berdaulat. Simbol anak bulan dan bintang menunjukkan lambang Agama Islam yang menjadi agama rasmi negeri Johor.

Bahagian bewarna merah melambangkan keberanian dan ketabahan hulubalang dan pengikut Sultan Abu Bakar yang bersama-sama menerokai dan memajukan Johor.

Maksud warna biru tua (Navy Blue) yang dipadankan dari warna laut ialah kerajaan dan rakyat.


bendera negeri johor

Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera tersebut sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack - bendera British. Inilah hikmah kebijaksanaan Kesultanan Johor dalam memastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan. Bangsa Johor khususnya perlu menghayati setiap falsafah di sebalik simbol bintang bulan dan warna-warna pada bendera Johor.


Simbol anak bulan dan bintang yang berwarna putih melambangkan Agama Islam dan Kesultanan Johor yang berdaulat. Warna merah melambangkan keperwiraan rakyat jelata Johor yang mempertahankan negeri. Warna biru tua pula mencerminkan kesejagatan kerajaan negeri. Dalam ertikata yang mudah, bendera Johor adalah lambang kedaulatan DYMM Sultan Johor, keperwiraan rakyat jelata Johor dan kesejagatan kerajaan negeri Johor. Lebih jelas lagi, bendera Johor adalah lambang yang merangkumkan institusi kesultanan, rakyat jelata dan kerajaan negeri.


Hasil kebijaksanaan Kesultanan Johor, pada 1885, United Kingdom bersetuju untuk menandatangani satu perjanjian dengan Johor di mana negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri merdeka yang mampu mengendalikan pentadbiran sendiri. Sebab itulah pegawai tinggi British yang ditugaskan ke Johor hanya bertindak sebagai konsultan, bukannya penasihat, seperti di lain-lain negeri di Tanah Melayu ketika itu. Dan disebabkan itu juga Kesultanan Johor ketika itu boleh memilih untuk mengenepikan pandangan pegawai tinggi British dalam pengurusan negeri berkenaan di era penjajah.


Kedua-dua faktor di ataslah yang membolehkan bendera Johor dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack di zaman kolonialis. Ini bermakna bahawa kedaulatan sultan Johor dan bumi Johor sentiasa dihormati oleh British walaupun di zaman penjajah.

Kredit : Johor Southern Tiger