Bubur Asyura ini dimasak sempena menyambut maal hijrah . Kitorang pun sebenarnya agak keliru adakah bubur asyura ini sama dengan bubur lambuk ? Berdasarkan hasil google dan pembacaan , ada yang berpendapat ianya sama sahaja akan tetapi ada yang mengatakan ianya punya sedikit perbezaan . Apa yang kitorang pasti , bubur asyura ni paling best kalau dimasak beramai-ramai dan bergotong -royong bersama dalam menghasilkan bubur tersebut .
Alhamdulilah , kami berkesempatan untuk memasak dua periuk bubur lambuk pada ketika itu . Orang cakap , nak makan sedap ..buat kerja pun kena juga yer ... Biar ringan sama dijinjing , berat sama dipikul . Wah ! Gitu! . Bukan mudah yer untuk menyiapkan dua periuk bubur lambuk , tambahan pula kitorang buat dua jenis yang berbeza satu yang diletak dengan perencah kari satu lagi hanya bubur putih gitu .
Program bubur lambuk ini diadakan di KRT Padi Mahsuri Bandar Baru Uda , Johor Bahru . Program ini melibatkan penduduk dikawasan tersebut . Ianya berlangsung pada awal pagi dan berakhir pada tengah hari . Sesi pengagihan dilakukan selepas bubur selesai diletakkan di dalam mangkuk-mangkuk kecil .
Untuk video yang lebih lengkap , korang tekan je video Youtube yang disediakan tu ..
Awak kat mana ? Saya Di JOHOR !!
Bila datang johor ,,, Ingat saya di johor ~~~~
0 Ulasan