Sepetang di B5 Johor Street Market

Petang - petang tak tahu nak pergi mana , perut pula terasa lapar ? Apa kata korang ke B5 Johor Street Market  . Kat mana tuh ? Depan je dengan Plaza Angsana Johor Bahru dan terletak di kawasan Tampoi . Waktu ni teringin pula nak makan yang ringan - ringan jadinya cub la Lok Lok . Mula - mula ingat  kan apa lah beza lok lok ni dengan steamboat biasa tu kan . Rupa - rupanya Lok Lok ni digoreng dulu .

Cara nak makan korang pilih je mana nak , secucuk masa ni RM 1 je . Lepas dah pilih nanti orang tu tanya nak pedas ke tidak , lepas dah siap goreng korang pilih nak makan dengan sos yang mana . Antara sos yang ada ialah sos cili , mayonis dan sebagainya .

b5 johor street market tempat best di johor bahru

b5 johor street market tempat best di johor bahru

b5 johor street market tempat best di johor bahru

Kitorang pekena sekali dengan ais kacang abc dari Cupcai . Konsep disini ialah kedai - kedai kecil dan self service . Datang ke kedai tersebut  , order dan ambil sendiri . Boleh la santai - santai petang di sini .

Alamat : 

B5 Johor Street Market

Jalan Nenas, Taman Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

Website : https://www.b5johorstreetmarket.com/

Facebook : https://www.facebook.com/B5JohorStreetMarket

Instagram : https://www.instagram.com/b5johorstreetmarket/